[ Mhd Azizi ]
kosong sangat entry ni, hambar.
Thursday, 24 July 2014 03:21 0 comments
Assalamualaikum, lama rasanya tidak menulis tentang apa apa yang berlaku dalam hari hari yang aku lalui, sebenarnya niat untuk berhenti menulis dan berkongsi cerita di blog ni dah lama terkubur tapi entah apa yang aku pikirkan hari ini sampai tergerak hati nak buka balik laman blog ni dan padam semua "entry" dulu dulu yang merapu aku dok sembang sorang sorang dalam ni, dengan harapan macam ada orang yang nak baca kan. kadang kadang macam syok sendiri pon ada tapi sapa kesah ini hak masing masing yang mana suka teruskan membaca yang mana tak ha dah besar boleh fikir sendiri tak payah nak carut sana sini off je laptop tu. ye dok?

Bagi aku zaman blog ni macam dah tak sehebat dulu, kalau dulu berlumba lumba orang nak kongsikan cerita dorang dekat blog mungkin zaman tu dah di telan zaman di sebabkan orang lebih selesa update depa punya twitter dua ploh pat jam, hampa semua tak lenguh ka jari, mata ngadap screen kecik tu ( smart phone )? 
sebenarnya apa motif yang aku nk sembang dalam entry aku kali ni? aku sendiri hilang arah, macam tak da isi je nak kembangkan. yela memang pun la ni aku tak da idea nk sembang. 

Cuti semester dah bermula, raya dah nak dekat boleh la sembang sikit pasal persiapan raya. duit mak bapak bagi shopping raya awai awai lagi dah habis entah apa aku beli aku pon tk tau kalau duit tengah ada tu hari hari aku lenguh kaki tekan minyak kereta pon tak pa tak kesah asal barang yang aku nak aku dapat. nak di pendekkan cerita baju raya tahun ni satu keluarga warna gold, balik kampung yang dekat selangor tapi sempadan perak, kiranya macam langkah je satu langkah pintu dapur dekat kampung tu dah masuk perak ha dahsyat en. hambar la entry ni dari aku kena maki hamun dengan semua sweet talker baik undur diri. jumpa lagi di masa akan datang dengan hari dan waktu yang sama dalam blog yang sama ( acah buat rancangan sendiri ), oraigh stay tuned entry lain menyusul. In Shaa Allah.
⟨ older | newer ⟩


As long As you know me, I love what I do.
I have reasons why I do that. So please better don't judge me if you don't know the real who I'am okay. #Blogger, #AmaturePhotographer, #FreelanceModel, #Singer, #Writer #KakiPuisi


SEARCH ME

Instagram


SUPPORTER

#KSMY / #YUNALISZARAI /
/ #TASHEDSCLUSIVE / #GGMU / #5BESTARIANSMKBATCH1995

xxxxx